Search This Blog

Thursday, May 16, 2013

GuRu oH GuRu....

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru ke palang  ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan  lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa
Juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
JIKA HARI INI SEORANG Perdana menteri berkuasa
JIKA HARI INI SEORANG  Raja menaiki takhta
JIKA HARI INI SEORANG Presiden sebuah negara
JIKA HARI INI SEORANG Ulama yang mulia
JIKA HARI INI SEORANG Peguam menang bicara
JIKA HARI INI SEORANG Penulis terkemuka 
JIKA HARI INI Sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa
Dengan lembut sabar nya mengajar tulis baca
Dimana mana dia berdiri di muka  murid muridnya 
Di sebuah  sekolah mewah ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu  Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugas nya kepada negara
Jadi apapun pada akhir kehilangan mu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Doaku oh insan bergelar guru

Guru,
Kalimah ajar mu pencetus paradigma baru
Agar hidup ini tidak kian buntu

Guru,
Izinkan aku berbicara kembali
Bicara indah penghias duka
Kerana sudah lama aku rindukan
Ucapan yang lama aku tinggalkan
Izinkan aku pendengarkan kembali Ucapan

' TERIMA KASIH CIKGU '

SELAMAT HARI GURU UNTUK
MU CIKGU