Search This Blog

Wednesday, March 14, 2012

Terguris dan Terhiris ?

Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman kita, pasti kita atau dia akan terasa.



Lumrah persahabatan,

Terhiris terguris menguji persahabatan,

Hanyalah satu ujian,

Bukan satu halangan,

Untuk terus berkasih sayang,

Hadapi dengan iman,

Suburkan dengan bermaaf-maafan,

Sematkan doa-mendoakan.



Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.



Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)

No comments:

Post a Comment